Malay version

Soalan : Hai, boleh ke saya bayar ansuran?

Jawapan : Boleh, semasa checkout tempahan dibahagian pembayaran pilih SPLIT. Ianya ansuran boleh 2-3 kali pembayaran. Tak perlu tunggu bayar habis baru kita proses. Asal lulus saje pembayaran terus kita proses tempahan cik.

Soalan : Boleh kah kita menukar size atau warna kerana tidak sesuai selepas kita terima barang?

Jawapan : Tidak boleh. Kerana kita membuat tempahan mengikut saiz dan warna yang ditempah di website. Item hanya boleh ditukar sekiranya terima salah saiz atau baju yang rosak teruk semasa parcel belum di buka atau dikoyak.

Soalan : Bagaimanakah prosedur sekiranya menerima warna dan saiz yang salah?

Jawapan : Jangan basuh, jangan di alter jangan buang plastik segala barang yang diterima. Wajib dikembalikan seperti yang diterima dalam keadaan baik. Wajib memberitahu segala keadaan yang diterima sekiranya tidak puas hati sebaik saja barang diterima. Sekiranya rungutan diterima selepas 3 hari bekerja, kita tidak akan layan. Pemulangan/penghantaran semula hendaklah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas terima barang dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak HQ. Sebarang pemulangan selepas 7 hari bekerja tidak akan dilayan.

Soalan : Boleh ke mengambil tempahan URGENT?

Jawapan : Tempahan URGENT sekiranya ada kuota sahaja. Tempahan URGENT ditutup 3 bulan sebelum perayaan.

Soalan : Bagaimana nak tahu tracking order?

Jawapan : Tracking order hanya diberikan melalui email sahaja. Tracking hanya diberikan sekiranya barang dihantar ke pihak logistik. Bukan diberikan sebaik sahaja pembayaran diterima.

Soalan : Boleh ke membuat penghantaran ke luar negara?

Jawapan : Boleh, penghantaran di seluruh negara. Kos duti kastam ditanggung penerima (Sekiranya terjadi)

Soalan : Boleh ke kita membatalkan tempahan semasa dalam proses?

Jawapan : Tidak boleh sama sekali ini akan menyulitkan proses produksi kami. Dan segala butiran telah dinyatakan sebelum membuat pembayaran. Bukan salah dipihak kami sekiranya cik/puan terlepas pandang segala butiran yang dinyatakan.

Soalan : Boleh ke kita menukar size atau warna sebab menukar fikiran atau baru sedar tersalah warna order?

Jawapan : Tak boleh, konsep pre-order kita kain memang dah ready cuma proses menjahit saja yang mengikut turn. Tetapi, sis boleh tukar hanya pada hari yang sama sahaja. Tidak dibenarkan menukar keesokan harinya selepas pembayaran kerana kita terus menghantar baju ke tailor dan ini akan menyukarkan proses kita menyiapkan tempahan dalam tempoh yang ditetapkan.

Soalan : Berapa lama tempoh Pre-order akan siap?

Jawapan : Kebiasaannya 14-21 hari bekerja. Tetapi boleh jadi lebih awal sekiranya bukan peak season dan boleh jadi lewat sekiranya tarikh dekat 2-3 minggu sebelum peak season. Update kebiasannya di setiap detail baju / di muka hadapan website / di semua social media rasmi kita. (Instagram dan Facebook)

Proses refund mengambil masa 14-21 hari bekerja mengikut terma dan syarat.